Uncategorized

Onew (SHInee) Membersihkan Namanya Setelah Dikenakan Tuduhan Gangguan Seksual.

SM Entertainment mulanya memohon maaf kepada semua peminat SHINee atas insiden ini.

Kami ingin menyatakan kedudukan kami mengenai kejadian yang telah dilaporkan oleh media mengenai Onew.

Kami ingin menyatakan kedudukan sebenar mengenai kejadian yang telah dilaporkan oleh media mengenai Onew.

Onew adalah selebriti dan banyak perkara-perkara mengenainya tidak dilaporkan dengan baik. Kami sangat mengambil berat tentang apa yang telah berlaku.

-SM Entertainment

Mereka turut menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Onew pergi ke sebuah kelab pada pagi 12 Ogos bersama kawan-kawannya untuk merayakan kerjayanya sebagai DJ. Semasa dia mabuk dan menari, dia secara tidak sengaja tersentuh dengan orang-orang di sekelilingnya, menyebabkan salah faham dan kemudian disiasat oleh polis.

-SM Entertainment

Mangsa yang akhirnya memahami keadaan sebenar telah menarik balik  laporannya terhadap Onew.

Walau bagaimanapun pihak kami juga mengakui bahawa keadaan ini mungkin timbul kerana dia sedang mabuk, jadi perkara ini telah menjadi salah faham,mangsa turut menyatakan bahawa mangsa tidak akan meneruskan laporan, dan mengemukakan permintaan untuk menarik semula semua tuduhan itu.

Onew secara rela akan mengambil bahagian dalam setiap siasatan yang akan dilakukan selebihnya.

Bagi mengelakkan daripada timbul sebarang spekulasi tambahan. Kami memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang telah timbul.

-SM Entertainment

 

 

Share:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *