Social Trending

Gadis cantik ini tunjuk sebab kenapa anda harus mengeja dengan betul

Masa aku sekolah dulu, aku dalam kategori makwe biasa-biasa je. Nak kata aku cun, tak. Buruk pun tidak. Aku mungkin tak ada banyak peminat macam kawan baik aku, Nigina. Bukan Nagini ular Voldemort tu.

Tapi masih ada juga yang sudi mengutus surat kepada aku. Adik jangan terkejut sangat, zaman akak sekolah dulu masih pakai surat.

Nigina kata dia diberi nama tu sebab bapak dia die hard fan kumpulan rock popular Malaysia, Search. Nigina memang cun. Maklumlah awek kacukan Melayu-Cina-Jerman-Indonesia. Kalau disuruh aku describe, Nigina ni berkulit putih gebu, rambut lurus berwarna keperang-perangan, mata berwarna coklat, bibir merah bak delima dan lesung pipit di kiri kanan pipinya.

Peminat dia pula bermacam-macam jenis. Ada atlit sekolah, pengawas pusat sumber, budak nerd kelas sebelah dan tak kurang juga pakwe-pakwe kelas hujung yang bergaya ala budak skinhead.

Walaupun aku dengan Nigina ni BFF, aku jarang dapat perhatian macam dia. Jadinya aku ni selalulah jadi posmen dia.
Disebabkan tadi aku dah cakap crush Nigina ni bermacam jenis, maka adalah lelaki berwajah kacak yang turut menagih kasih Nigina.

Sebagai posmen, aku pun ada hati dan perasaan, dan pada satu hari hati dan perasaan aku ni tiba-tiba diketuk sejenis perasaan asing.
Aku ingat lagi kejadian tu, masa tu kami baru tingkatan 1. Satu hari, masa aku berjalan ke koperasi sekolah, aku ditegur oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 2.

“Eh tunggu kejap, awak ni kawan Nigina kan?”

Aku mengangguk laju. Mataku terpaku menatap wajah pelajar lelaki itu.
Mak aih, handsome gila! Kulit putih, tinggi, muka macam mix arab sikit. Aku sempat menjeling ke arah tanda nama di poket kirinya, Syed Fikri. Patutlah muka macam arab sikit.

“Boleh tak awak bagi surat ni kat dia?” Lamunanku terhenti. Nasib baik mamat ni tak perasan aku usha dia.
“Aa boleh.” Aku menjawab perlahan sambil menyambut surat yang dihulur Syed Fikri.
“Terima kasih… Aaa.. Nama siapa?”
“Saleha. Siti Saleha.” Aku menjawab laju.
“Terima kasih Siti Saleha!”

Syed Fikri tersenyum. Aduh, ada lesung pipit pulak. Rapuh aku dibuatnya. Dan begitulah berakhirnya perbualan kami sebelum Syed Fikri beredar.

Tiba di kelas, aku segera menyampaikan surat itu kepada Nigina. Apabila diberitahu nama pengirim surat adalah Syed Fikri, Nigina tersenyum lebar. Amboi, macam suka je. Bisik hatiku mula diserang cemburu. Tetapi cepat-cepat aku tepis perasaan itu.
Semenjak dari itu, bermulalah tugasan aku sebagai seorang posmen tidak bergaji antara Nigina dan Syed Fikri.

Aku ingat, tugasku hanya menjadi posmen. Lama kelamaan, aku turut menjadi ‘third wheel’ dalam hubungan cinta monyet mereka. Itu pun bukanlah aku yang sukarela, Nigina yang paksa sebab katanya dia segan bila jumpa Syed Fikri sorang-sorang.

Tapi kadang-kadang syok juga jadi peneman Nigina “berendut” dengan Syed Fikri ni. Bolehlah aku cuci mata sambil curi-curi pandang wajah Syed Fikri. Bersalahkah aku kalau aku crush kat boyfriend kepada bestfriend sendiri?

Namun hubungan itu tidak berpanjangan, Syed Fikri terpaksa mengikut keluarganya berpindah. Nigina tak sedih pun. Sebab seminggu lepas Syed Fikri pindah, Nigina dapat boyfriend baru, Haziq namanya.

Berbalik kepada cerita aku, aku kecewa sebenarnya Syed Fikri pindah. Yelah, dia tu crush pertama aku kot kat sekolah tu. Walaupun dia jarang tegur aku dan berapa kali dia asyik salah panggil nama aku jadi Zaleha, Salwa, Salmah, aku tak kisah. Tapi, nak tak nak aku kenalah move on. Lepas berjaya move on dari Syed Fikri, aku akhirnya ada boyfriend yang pertama di sekolah menengah.

12 tahun kemudian…

Aku kini sudah menamatkan pengajian ijazah dari sebuah universiti tempatan dan bekerja di ibukota Kuala Lumpur. Sebagai seorang wanita berkerjaya, aku sering sibuk dan tiada masa untuk mempunyai hubungan serius dengan mana-mana lelaki.

Malam itu selepas pulang dari kerja, aku duduk berehat di bilik. Membuka laptop dan segala sosial media yang aku ada. Dari twitter, facebook, linkedin, youtube dan macam-macam lagi.
Aku buka timeline twitter, tweet pertama yang aku baca merupakan tweet dari @patenrazali yang berbunyi “Laparnyaaaa.” Dan aku meneruskan aktiviti scroll timeline sebelum beralih ke Facebook.

Aku refresh Facebook aku dan terdapat notifications friend request. Cepat-cepat aku klik untuk lihat siapa gerangan manusia yang add aku di Facebook.

“Fikri Ahmad”. Itulah username yang ada di ruangan friend request ku. Mutual friends nya ada 20. Dadaku berdebar. Seumur hidup aku, aku hanya kenal seorang Fikri. Fikri crush pertama aku 12 tahun lepas. Cepat-cepat aku klik profile Fikri Ahmad itu sebelum approve requestnya.
Aku lihat gambarnya, memang sah itu dia. Syed Fikri. Syed Fikri yang dulu aku crush dalam diam. Syed Fikri atau nama panjangnya Syed Fikri Syed Ahmad. Tanpa berfikir panjang, aku terus approve friend requestnya, dan pergi ke bahagian photo.

Aku belek satu persatu gambarnya. Syed Fikri semakin tampan dan bergaya. Seiring dengan usianya yang menginjak ke usia 26 tahun. Masih singlekah dia? Aku tertanya-tanya sendirian. Ketika aku sedang leka stalk gambarnya, sekali lagi aku mendapat notification dari Facebook.
Fikri Ahmad likes your photo.

Dan bukan satu gambar yang dia like, hampir semua koleksi selfieku menjadi bahan like Syed Fikri. Aku tersenyum-senyum. Adakah ini cinta? Seolah memahami perasaan ini, playlist Spotifyku memainkan lagu Arctic Monkeys – Baby I’m Yours.
“Baby I’m yours, and I’ll be yours until the star fall from the skyyy.” Sedang asyik aku menyanyi tiba-tiba facebook chat ku berbunyi menandakan ada orang menegurku di facebook chat.

Syed Fikri! Ah terujanya rasa. Dengan perasaan berdebar, aku buka facebook chat dari Syed Fikri.

Syed Fikri : hi!
Aku : hi!
Syed Fikri : muka u nie familiar sgt πŸ™‚
Aku : yeke familiar? Nampak kat mana? πŸ™‚
Syed Fikri : u dulu sekolah *****?
Aku : yup
Syed Fikri : u kwn Nigina yg jd posmen tu?
Aku : yup πŸ˜‰
Syed Fikri : wow lainnya u skrg!
Aku : apa yang lain?
Syed Fikri : u mkin cantik. πŸ˜‰

Aku masih meneruskan aktiviti stalk Facebook photo Syed Fikri sebelum membuat keputusan untuk membelek infonya di bahagian about. Namun, tiba-tiba mataku terpaku pada status Facebooknya.

“Aq rse hdup aq bz sgt skrg nie. Dgn kje, xde mase nk cari awex. Huhuhu. Aq rase sunyi p0n ade gak. Ahucks.”
Aku tak percaya dengan mataku. Mungkin kena prank dengan kawan-kawan dia kot? Aku baca lagi statusnya yang lain.

“Nk mam ape la mlm nie. Perot aq lapar gilew nie.”
“Akhirnye dye pegy dri hidop aq. Aq taw aq xlyk utk dye. Aq hrp kao bhagie cyg.”

Ejaan jenis apa ni? Setan betul muka je handsome, umur dah 26 tapi mengeja pun tak reti! Mampus kaulah Syed Fikri. Menyesal aku approve friend request kau! Menyesal!

Kredit : Shasha ShahrizalΒ 

Share:

1 comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *