Keluarga

Anak conteng kereta, lelaki ini tidak marah malah jadikan lukisan anak sebagai kenangan

Nak dikira sekarang ini hampir setiap lelaki ada kereta idaman mereka masing-masing, besar atau kecil, laju atau biasa. Semestinya itu pilihan masing-masing.

Bila dah ada kereta tentunya mereka akan menjaganya dengan sebaik mungkin dari bahagian luar sehingga ke dalam enjin. Tapi, ada satu yang berlainan untuk seorang bapa ini kerana dia telah menjadikan kereta kesayangannya sebagai “tempat” untuk anak perempuannya melukis.

Dilaman Facebook Mr.Yang, beliau telah memuat naik status seperti “ Setelah saya melihatnya melukis, saya menyuruhnya membuat latihan melukis lagi”.

Mungkin pada ibu ayah yang lain, mereka akan memarahi anak mereka kerana telah buat demikian tetapi berlainan dengan Mr.Yang yang tidak mahu padam lukisan itu kerana mahu jadikan ia sebagai satu kenang-kenangan.

Anak perempuannya telah melukis gambar mereka sekeluarga, dengan awan besar di atas. Pada gambar itu juga dia menerangkan tentang mereka sekeluarga. Dia menulis bahawa yang berada di sebelah kiri itu adalah datuknya yang telah meninggal. Gambar itu jelas memiliki erti yang tersendiri buat mereka sekeluarga.

Bukan itu sahaja, anak perempuannya telah melukis watak kartun Dragon Ball selepas berjaya melukis sebuah lukisan.

Melihat banyak lukisan yang dilukis pada keretanya, Mr.Yang tidak berhasrat untuk memadam dan mahu “membiarkan” sahaja lukisan anak perempuannya itu. Kasih dan kesabaran seorang ayah kepada anaknya.

 

Share:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *