Kesihatan

7 Sebab Kenapa Kimchi membuatkan Orang Korea Kekal Sihat

Jika anda penggemar drama Korea, boyband/girlband Korea atau menyukai apa jua yang berkaitan dengan Korea pasti anda tahu mengenai kimchi. Ya, ianya adalah menu wajib masyarakat Korea atau penggemar makanan Korea. Kimchi adalah makanan tradisional khas Korea yang biasanya dibuat dari lobak, sawi putih, kubis, dan timun. Kimchi mempunyai rasa masin, masam, dan pedas. Menurut Health Magazine, Kimchi termasuk dalam salah satu makanan tersihat di dunia.

Pada tahun 2003, wabak SARS telah menyerang Asia, namun Korea menjadi Negara yang terselamat dari jangkitan wabak tersebut. Hal ini mungkin disebabkan oleh kebiasaan masyarakat Korea memakan kimchi dalam menu harian mereka. Apakah manfaat kimchi untuk kesihatan?

  1. Kimchi dapat meningkatkan selera makan

Bagi orang Korea, kimchi merupakan makanan pembuka untuk membangkitkan selera makan. Ibarat kata, kimchi seperti salad jika kita membandingkan dengan makanan barat.

  1. Kimchi membantu melancarkan sistem pencernaan

Selain mengandung kalori yang rendah kimchi juga mengandung serat yang tinggi. Hal ini tentu akan membantu organ pencernaan untuk menyerap makanan lebih mudah dan lebih cepat. Kimchi juga dapat menyembuhkan beberapa penyakit umum dan sangat baik bagi menjaga kesihatan tubuh.

  1. Sumber probiotik

Karana kimchi dihasilkan melalui kaedah fermentasi, maka kimchi memiliki kandungan probiotik yang tinggi. Kandungan probiotik ini membantu menjaga tubuh agar tetap sihat dan membantu melawan jangkitan virus. Selain itu kimchi juga mengandung vitamin dan mineral yang membantu untuk melancarkan aliran darah dan meningkatkan sistem imun tubuh dan juga meningkatkan pertumbuhan otot.

  1. Menurunkan tekanan darah

Pengambilan kimchi secara rutin setiap hari dapat membantu menurunkan tekanan darah. Kerana bahan yang digunakan dalam pembuatan kimchi adalah kubis dan juga bawang putih. Kedua bahan makanan ini mengandung allicin dan selenium. Kedua zat ini berfungsi sebagai pengawal kadar kolesterol dalam tubuh anda agar tetap rendah dan berfungsi untuk mencegah pembentukan lemak pada dinding arteri atau pembuluh darah.

  1. Membantu mendapatkan berat badan ideal

Anda lihat sahaja badan wanita korea, langsing dan tidak terlalu gemuk. Itu kerana amalan rutin harian mereka dalam pengambilan kimchi. Dalam kimchi terdapat bakteri baik yang bernama Lactobacillus yang berfungsi untuk mengawal nafsu makan dan membantu menurunkan kadar gula darah. Jadi kimchi menjaga bentuk tubuh agar tetap langsing. Selain itu kimchi juga memiliki serat yang tinggi yang akan membuatkan rasa kenyang yang lebih lama.

  1. Kaya dengan antioksidan

Antioksidan dalam kimchi menjaga tubuh dari pengaruh radikal bebas yang dapat mengganggu kesihatan tubuh badan. Bahan-bahan seperti jahe, merica dan bawang putih membantu sistem immune dalam tubuh untuk mencegah penyakit.

  1. Melawan Kanser

Kimchi menjadi makanan yang dipercayai mampu melawan kanser. Itu kerana kimchi memiliki kandungan antioksidan dan flavonoid yang membantu dalam memerangi kanser. Jadi kimchi memainkan peranan dalam memerangi penyakit kanser dalam tubuh.

Dengan begitu banyak kandungan yang terdapat dapa kimchi, maka wajarlah jika kimchi menjadi menu makanan sihat untuk di amalkan dan memberi manfaat pada tubuh badan.

Feedsss : Sebab tu kalau perasaan, Jangka hayat kehidupan orang korea lebih panjang. Sampai mereka ada masalah Orang Tua lagi banyak daripada orang muda. Siapa tak tahu kimchi, boleh anggap kimchi ni sayur kubis yang dijeruk. Lebih kurang macam tu 🙂

Share:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *