Korea News

4 Lagu Terbaru BTS Diharamkan Dari Penyiaran.

KBS telah mengharamkan empat lagu dari album mini terbaru BTS, Love Yourself: Her.

Lagu “Pied Piper”, “Go Go”, “Skit: Billboard Music Award Speech”, dan “Sea’ telah di katakan sebagai tidak sesuai untuk siaran.

Menurut KBS, lagu-lagu itu diharamkan kerana menyebut jenama tertentu, penggunaan slang, dan bahasa yang agak kasar.

KBS juga mengharamkan lagu  “Up” oleh Bobby (iKON) dari album solo pertamanya, kerana ia mengandungi kata-kata makian seperti  “piss me off” dan “sucker”…

Tidak ketinggalan,  lagu milik Junho (2PM), “Nobody Else”, “Wow”, dan “Run To You” dari album solonya turut diharamkan  atas alasan yang sama.

KBS terkenal kerana sering  mengharamkan lagu atas sebab-sebab sebegini, dan BTS tidak asing lagi dengan perkara tersebut.

 

 

Share:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *