Korea News

10 Pelakon Lelaki Korea dengan Harga Termahal

Industri drama dan perfileman Korea sememangnya terkenal dan mendapat sambutan di seluruh dunia. Bermula dengan drama Winter Sonata pada tahun 2002 sehinggalah drama hit terbaru Goblin yang baru tamat pada Januari 2017, semua drama tersebut mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia.

Tetapi, pernahkah anda terfikir berapakah gaji dan bayaran bagi setiap pelakon untuk drama-drama tersebut? Di bawah ini kami senaraikan Top 10 pelakon lelaki yang mendapat bayaran terbanyak setiap episod pada tahun 2016-2017.

10. Ji Chang Wook

Ji Chang Wook merupakan antara pelakon Korea yang bukan sahaja terkenal tetapi juga mempunyai rupa paras yang tampan. Dia mula mendapat perhatian setelah memegang watak utama dalam drama Smile Again. Antara dramanya yang terkenal adalah seperti Warrior Baek Dongsoo, Empress Ki dan Healer. Dia menduduki tempat ke-10 dengan bayaran lakonan sebanyak USD42,000 (RM180,000) setiap episod.

 

9. Song Joong Ki

Mula dikenali selepas lakonanya dalam drama Sungkyunkwan Scandal pada tahun  2010. Di samping menjadi pelakon, dia juga pernah menjadi pengacara majlis dan rancangan televisyen. Song Joong Ki sekali menjadi perhatian Korea selepas kejayaan lakonanya dalam filem A Warewolf Boy dan drama hit Descendent of the Sun. Dia menduduki tempat ke-9 dengan bayaran sebanyak USD50,300 (RM216,000) untuk setiap episode.

 

8. Lee Jong Suk

Lee Jong Suk memulakan kariernya sebagai model dan pernah dikenali sebagai model termuda apabila berjaya menjadi model untuk Seoul Fashion Week di Korea. Antara dramanya yang terkenal adalah seperti School 2013, Doctor Stranger, I Can Hear Your Voice dan Pinnochio. Menduduki tempat ke-8, dia mendapat bayaran sebanyak USD 55,000 (RM236,000) untuk setiap episode.

 

7. Yoo Ah In

Seperti Song Jong Ki, pelakon Yoo Ah In juga mula dikenali selepas kejayaan drama Sungkyunkwan Scandal pada tahun 2010. Antara karyanya yang terkenal adalah seperti Punch, Sweet Love Affair, Veteran, The Throne dan Six Flying Dragons. Dia mendapat bayaran sebanyak USD 58,700 (RM252,000) untuk setiap episode dan menduduki tempat ke-7.

 

6. Lee Seung Gi

Selain daripada berlakon, Lee Seung Gi juga seorang penyanyi dan seorang pengacara majlis seperti Strong Heart dan antara ahli terawal rancangan 2 Days 1 Night. Dikenali sebagai selebriti yang mempunyai watak yang optimist dan happy go lucky, dia mendapat bayaran sebanyak USD 60,000 (RM257,000) untuk setiap episode.

 

5. Lee Min Ho

Mula mendapat perhatian dalam drama popularnya Boys Over Flower pada tahun 2009, Lee Min Ho mendapat bayaran sebanyak USD 62,000 (RM267,000) untuk setiap episode. Beliau pernah mendapat anugerah pelakon terbaik di Baeksang Arts Awards dan International Drama Award. Antara karyanya yang terkenal adalah seperti The Heirs, City Hunters, Personal Faith dan filem Gangnam Blues.

 

4. So Ji Sub

Memulakan kariernya sebagai model pakaian jeans, So Ji Sub mula mendapat perhatian selepas memegang watak utama dalam drama hit I’m Sorry, I Love You pada tahun 2004. Tetapi , nama So Ji Sub mula melonjak naik selepas lakonanya dalam drama Master’s Sun. Dengan bayaran sebanyak USD 67,100 (RM288,000) setiap episode, So Ji Sub menduduki tempat ke-4.

 

3. Jo In Sung

Nama Ju In Sung mula dikenali ramai setelah kejayaannya dalam drama What Happened in Bali, The Winter, The Wind Blows, It’s Okay That’s Love dan banyak lagi. Dia mendapat bayaran sebanyak USD 72,300 (RM310,000) untuk setiap episode dan menduduki tempat ke-3.

 

2. Hyun Bin

Mula dikenali dengan drama hit seperti My Name Is Kim Sam-Soon dan Secret Garden, Hyun Bin menduduki tempat ke-2 dengan bayaran sebanyak USD 83,900 (RM360,000) untuk setiap episode.

 

1. Kim Soo Hyun

Kim Soo Hyun berjaya menduduki tempat pertama dengan bayaran sebanyak USD 85,100 (RM 365,000) setiap episode. Dia mula mendapat perhatian dan menjadi terkenal melalui lakonannya dalam drama Dream High, My Love from the Star, The Producers dan Moon Embracing The Sun. Antara filemnya yang terkenal pula adalah seperti The Thieves dan Secretly, Gently.

Feedsss : Terlebih duit bulan ni? Jom Jemput Song Jong Ki untuk jadi tetamu Majlis Harijadi anda

Share:

1 comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *